Thursday, May 27, 2010

HiGoat + SpyHRu = Marvelous!

Bagi anda yang tidak begitu menggemari 'rasa rumput' spirulina tetapi inginkan khasiatnya, anda boleh mencuba resepi istimewa ini.


Resepi ini adalah cuba jaya dari adik saya sendiri. Hasilnya? Sangat enak dan lazat!


Air sejuk 200ml - 300ml
HiGoat 1 peket
SpyHRu 1 peket
Ais beberapa ketul


Masukkan bahan dalam shaker. Goncang hingga sebati. Sedia diminum!


Untuk mereka yang sukakan sesuatu yang lebih sejuk, boleh juga cuba buat ice blended. Bezanya, kurangkan air sejuk, lebihkan ais.


Rasanya? Gempak beb! Rasa macam cappucino mahal pulak. Yummeh!

Wednesday, May 26, 2010

SpyHRu Cafe

Selain HiGoat, terdapat juga susu kambing dalm perisa kopi dan spirulina yang lazat.


Umum mengetahui kebaikan spirulina kepada tubuh badan manusia. Spirulina mampu meningkatkan sistem imun, mengurangkan kolestrol dan lemak, baik untuk sistem penghadaman, membantu proses pengeluaran toksik, anti-oksidan dan mengurangkan risiko kanser.


Dengan gabungan spirulina, susu kambing serta rasa kopi yang lazat, jadikanlah SpyHRu sebagai minuman kesihatan harian anda.




Harga : RM22.00 (SM) / RM26.00 (SS)
Kandungan : 20 peket


Tuesday, May 25, 2010

Bandung Special

Ramai yang sukakan air bandung kerana rasa manis sirap yang bercampur dengan susu pekat manis atau susu cair yang lemak rasanya.


Namun anda juga boleh menikmati air sirap bandung dengan menggunakan susu HiGoat! Bukan saja sedap diminum, malahan berkhasiat untuk tubuh badan.


Air sejuk 200 ml
HiGoat 1 peket
Sirap sesedap rasa
Ais beberapa ketul


Masukkan dalam shaker, shake shake shake! Sedia diminum! Yummeh!

Monday, November 30, 2009

Resepi HiGoat

 Saya tahu, bukan semua orang boleh terima rasa susu, lebih-lebih lagi jika diminum begitu saja. Jadi, saya sediakan dua resepi menarik untuk anda cuba ketika menikmati susu HiGoat anda.


#1

200ml air sejuk
1 peket HiGoat
2 sudu besar Milo

Masukkan bahan-bahan dalam shaker. Goncang hingga sebati. Sedia diminum.



#2

Beberapa ketul ais (ikut suka)
Sedikit air sejuk
1 peket HiGoat
2 sudu besar Milo
1/2 sudu teh Nescafe


Campurkan semua bahan dalam blender. Blend hingga halus. Sedia diminum.


Selamat Mencuba!

Wednesday, November 18, 2009

Pengumuman: Perubahan Kadar Kos Penghantaran

Sejak akhir-akhir ini, terdapat begitu banyak masalah ketika menggunakan khidmat syarikat yang satu ini - barang hilang, rosak, tak sampai, tiada dalam rekod dan sebagainya.


Masalah ini bukan hanya berlaku kepada saya, tetapi juga kepada beberapa teman dan rakan yang menggunakan khidmat kurier dan penghantaran yang sama.


Demi kemudahan dan kebaikan semua, saya terpaksa berhenti dari menggunakan perkhidmatan mereka dan akan menggunakan khidmat kurier syarikat lain. Oleh itu, terdapat perubahan dari segi kos penghantaran, di mana ianya akan bertambah sedikit dari biasa.


Kadar kos penghantaran yang baru akan diumumkan kemudian.

Promosi Harga Pengenalan Berakhir Sudah...

Salam semua...


Promosi Pengenalan bagi produk Tepung Susu Kambing dan Tablet Susu Kambing sudahpun berakhir.


Kini, memperkenalkan....


Promosi Trial Pack!
Tepung Susu Kambing (2 sachet) = RM6.00 (SM) / RM7.00 (SS)
Tablet Susu Kambing (10 biji) = RM5.50 (SM ) / RM6.50 (SS)


Cepat! Cepat! Jangan ketinggalan!

Sunday, November 8, 2009

Tepung Susu Kambing HiGoat



Tepung Susu Kambing HiGOAT
HiGOAT Instant Goat's Milk Powder
(15 sachet x 21 gram)

Harga 1 kotak = RM36.60 (Semenanjung Malaysia) / RM41.60 (Sabah/Sarawak)

Promosi Pengenalan

Harga trial pack (2 sachet) = RM5.00 (SM) / RM6.00 (SS)*



*Harga adalah sah untuk sehingga 15 November sahaja.